Posted by: Azhan Kamal | Monday, October 26, 2009

Ikan sepat, sambal tempoyak

Sabtu dan Ahad saya amat sibuk sekali. Sebenarnya saya sudah bercuti pada hari Jumaat lagi. Akhirnya segalanya selesailah sudah. Penantian yang panjang berakhirlah sudah. Gembira bila orang yang kita sayangi turut bahagia. Amin.

Pagi Ahad aktiviti ‘menimba’ berjalan dengan jayanya. Dapat 2 baldi ikan darat seperti sepat, puyu, haruan dan keli. Ini semua fresh dari parit kecil disekeliling rumah. Best sangat dapat bersama adik beradik lain menjalani aktiviti ini. Saya amat menggemari ikan sepat goreng ‘ranggup’ dan bila dimasak sambal hijau pehhh 2 kali tambah.

My sis in law pulak tu buat sambal tempoyak grade A dari Perak. Memang terangkat. “Tempoyak yang sedap bermula dari durian yang baik.” Begitulah perumpamaannya. Sesuatu yang bermutu akan bermula dari susur galur yang baik juga. Seperti tempoyak yang sedap itulah. Kalau diperbuat dari durian yang ‘busuk’ hasilnya seperti itulah juga.

Malam tadi sempat berbual sambil mengeteh dengan kawan saya si Zakuan itu. Sedih pulak bila dengar cerita tentang ibunya yang terpaksa dipotong sebelah kakinya akibat kencing manis. Rupa-rupanya ibunya sudah makan ubat kencing manis kira-kira 18 tahun. Sekarang terpaksa pula menggunakan insulin dan menempuhi proses cuci darah 3 kali seminggu. Saya tetap percaya anak-anak lelaki zaman sekarang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang uzur. Pandangan saya tentang perkara ini tetap tidak berubah. Penting bagi anak lelaki untuk meluangkan masa dan tenaga menjaga ibu bapa mereka ketika uzur.

Sebenarnya kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita tempuhi di depan sana. Dan setiap ketika kita berdoa agar segalanya dipermudahkan, seperti halnya tentang tempoyak itu. Kita berharap segalanya akan berakhir dengan baik sebagaimana ianya bermula.

Posted by: Azhan Kamal | Tuesday, October 13, 2009

Daun padi …

Selepas balik dari Retreat di Melaka tempohari kepala saya sakit. Kena serangan migrain tak henti. Batuk pulak satu hal, dugaan sungguh. Ubat batuk dah masuk botol ke 4, doktor di Malaysia nak saya tunggu 10 hari lagi barulah dia buat ujian darah. Baguslah, kalau saya ada 10 hari lagi …

Bila saya bercakap, batuk serta merta akan keluar. Gatal-gatal, dan ubat sakit tekak yang macam gula-gula si Euphon itu saya makan macam ‘jajan’ aje. Mak tengok saya macam ayam patah leher ketika balik kampong tempohari. Dia suruh saya berurut dengan seorang mbah, perempuan tua tu … memang sakit kepala saya hilang lepas tu tapi batuk tetaplah ada. Jangan cakaplah betapa ‘malunya’ saya bila mbah tu urut sisi sentitif saya. Mulut dia yang ramah bercerita itu telah mengurangkan rasa segan tu. Apa-apalah janji sakit hilang.

Ohhh masa hari Ahad lepas saya terkejut amat sangat bila balik rumah. Bukan sebab menang deko-deko Celcom tuu, bukan. Pagar rumah saya telah diganti baru, tapi bukan design yang saya minta. Bahagian atas yang sepatutnya berukiran daun padi menjadi kelopak bunga ros yang berlingkar, cuba bayangkan! Betapa jauhnya perbezaan … terus lari konsep “teduhan’ saya itu. Memanglah saya suka tumbuhan tetapi bunga ros bukan termasuk dalam senarai bunga yang saya suka.

Sudahlah pagar lama saya tu depa ambik. Tapi saya dah call nak balik pagar tu ( jual kat besi buruk boleh gak dapat aiskrim kan?). Saya tak akan bayar selagi mereka tak ubah design tu. Tunggu sikit punya lama, hasilnya macam ini pula. Nak tolong bangsa sendiri pun susah. Entahlah …

Malam tadi makan ubat batuk yang seharusnya berasa mengantuk tapi tak jugak ngantuk, mata saya berterusan segar bugar. Sekarang saya mengantuk …(hehehe).

Posted by: Azhan Kamal | Wednesday, October 7, 2009

Iqha & Afiq

Hari ini kedua anak buah saya menduduki peperiksaan PMR. Moga dapat menjawab dengan baik dan sentiasa bertenang. Mereka berdua telah bekerja keras untuk peperiksaan ini.

Harapnya Allah makbulkan cita-cita mereka berdua. Amin …

Posted by: Azhan Kamal | Tuesday, October 6, 2009

Kemboja Di Celah Bulan

Nordin

Dia telah kembali
mengusung segala keriuhan dunia
ke pintu sunyi dengan jutaan mata bundar
memandang penuh kejap
saat dirinya pergi.

Jerit mereka – ini kemenangan untuk
keamanan, pengusiran kedangkalan fikiran
sayap ababil meluncur laju membelah
kedurjanaan insan tanpa kenal lelah
dan kemaafan yang sukar ditelan
menikam hati sendiri.

Hari ini dia telah kembali
bulan tetap bersinar
wangi kemboja bergelintangan
membelah sunyi malam tanpa
kerdip bintang dan di malam ini
mereka mampu tidur dengan lena
setelah sekian lama.

Setiap saat ketika hari baru bermula,
gema suara terus meluncur
bagai titis hujan membasahi
akal diri, mencelah kewajaran
kebinasaan akan terhenti saat dia kembali
laung mereka berulang kali.

KAMAL SUJAK
TEDUHAN, KLANG SELANGOR.

* Apa pun yang dia fikirkan dan perjuangkan hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. Al-fatihah.

Posted by: Azhan Kamal | Monday, October 5, 2009

Di sisi mu …

Tadi saya ke KLCC, membeli belah di Kino. Suka sangat bila ke Kino tuuh rasa kita kaya sekejap walaupun membelanjakan duit univ. Hahaha… jarang kita boleh pergi membli belah gunakan duit orang kan. Tadi saya carik buku-buku Research Methodology, Dictionaries dan References. Sejam saya dapat kesan lebih seratus naskah yang boleh digunakan ikut standard kitaorang hehehe…

Lepas tu melantak di Madam Kwan. Sebab Senja dah tak wujud kat situ. Kat MK tu pulak nasi lemak dan teh limau dia memang superb ( sebenarnya kalau makan benda lain tak berapa nak masuk pun). Lidah melayu nih memang macam tulah.

Semalam Julie dan Nizam masak Ikan Tiga Rasa… sedapnya. Pandai betul Nizam masak but my mum tak makan masa lepas Zuhur tuu. Depa cam kecik hati. Sebenarnya my mum makan pulut dalam pukul 12.00 lebih. Dia memang jenis yang cepat lapar dan makan awal, for sure pukul 2 petang dah terlalu lamaaaa… kang dia menggigil kelaparan pulak. Susah kan nak jaga hati semua pihak. But saya ni sebagai abg selalu nasihatkan depa supaya jangan rasa kecik hati. Bersyukurlah sebab bonda masih ada di sisi…

Saya ceritakan kisah begini di sini sebab bila ibu bapa kita dah tua dan kita pun dah berusia pelbagai perkara akan membuatkan kita rasa kecik hati disebabkan kita tidak mendalami dan memahami situasi mereka. Memanglah mereka akan berindak seperti ‘kanak-kanak’ kadangkala tetapi mereka telah berada disisi kita selama ini untuk kita cuba fahami.

« Newer Posts - Older Posts »

Categories