NOVEL TERBARU DARI ALAF 21
KINI BERADA DI PASARAN!

Tajuk: Sebening Rindu
Halaman: 384
Harga: RM15.00
ALAf 21 menampilkan novelis terbaru, Azhan Kamal dengan karya sulung beliau, ‘Sebening Rindu’. Pastikan anda dapatkannya di kedai-kedai berhampiran anda sekarang!
Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati? Nazatul...gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia?
Kamarul…cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih mengenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.
Faizal…punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.
Iryanti...gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?
|
“Cintailah dia yang menyayangi dirimu.”
|
Pencapaian :
1. Carta novel Melayu paling laris di MPH
- 2 Mac 2008 : Tempat ke – 7
- 16 Mac 2008 : Tempat ke – 7
2. Carta Top 10 (langganan pos Alaf21)
- 3 Mac 2008 : Tempat ke – 6 (Minggu sebelumnya tempat ke -9)
- 24 Mac 2008 : Tempat ke – 3
- 30 Mac 2008 : Tempat ke – 6
- 21 April 2008 : Tempat ke – 6
Tahniah…Mulan dah lama tunggu2 novel en. azhan..nanti nk cari kt kedai buku..
all d best..
By: mulan... on Wednesday, February 27, 2008
at 4:16 AM
Terima kasih Mulan di atas sokongan. Jangan lupa rekemenkan kat kawan-kawan sama.
By: azhan on Wednesday, February 27, 2008
at 5:00 AM
Perghhhhhhhhhhhhhhhh…
Membanggakan kengkawan la lu Kron!
Tahniah!
By: -M- on Friday, February 29, 2008
at 3:30 AM
congrate!!
By: applephye on Wednesday, March 5, 2008
at 3:23 AM
azhan… i minat novel, nama u agak asing, anyway i try baca novel u, not so bad….. tahniah & teruskan usaha
By: mentari on Tuesday, March 11, 2008
at 2:36 AM
Tahniah!
By: Mya Marja on Tuesday, April 1, 2008
at 2:21 AM
tahniah, anda dan murad nampaknya menjejak dahulu! Selamat terkenal
By: fadz on Thursday, April 3, 2008
at 9:15 AM
dah masukkan dalam senarai penulis kenalan yang sure akan meletup dalam blog saya:)
sure, jumpa di PWTC.. saya juga ‘hanya’ akan bertugas di sana di gerai DBP pada Jumaat, Isnin depan dan Sabtu depan.. tapi bersyukur tgk kawan2 berjaya:)
By: fadz on Friday, April 4, 2008
at 4:15 AM
Dah lama tak membaca tulisan bro di siber.. Bila terbaca bln lepas, baru tahu novel dah siap. Tanpa buang masa, saya pun membeli novel dan khatam membacanya mlm tadi. Good job.
Tahniah! Semoga bro dapat menulis lebih banyak novel yg berinformasi..
By: hk on Monday, May 5, 2008
at 6:50 AM
terima kasih krn sudi lawat my blog yg tak seberapa… saya baru nak mula baca sebening rindu tetapi saya sudah dpt rasa kan novel en.azhan amat menarik…TAHNIAH!
By: nizza on Monday, May 5, 2008
at 7:50 AM
HK – Terima kasih di atas sokongan terhadap karya pertama saya. Moga terhibur dan apa yang telah saya hidangkan.
Nizza – Terima kasih juga kerana melawat sesawang saya ini. Harap Sebening Rindu tidak menghampakan puan.
By: azhan on Monday, May 5, 2008
at 8:28 AM
hye azhan… sya da baca novel kamu.. n ternyata sangat menarik n menyentuh perasaan…
sya dapat merasakan kesengsaraan kamarul..
cewah!
good job bro… bwat novel byk2 lg ok..
By: eJunk on Tuesday, May 6, 2008
at 5:27 PM
Terima kasih eJunk kerana menyukai SR, harap terus menyokong novel-novel saya di masa mendatang.
By: azhan on Wednesday, May 7, 2008
at 12:53 AM
Assalamu’alaikum Tuan Azhan Kamal,
Tahniah kerana novel saudara “Sebening Rindu” telah diterbitkan – walaupun ucapan ini agak terlambat…
By: Imran Yusuf@Alang Kelana on Sunday, June 15, 2008
at 2:39 PM
saya suka dengan jalan cerita. Satu permulaan yang bagus saya kira.
Kalau beribu kamarul wujud di dunia ini tentu derita seorang nazatul.
By: lyyn on Tuesday, July 8, 2008
at 1:26 PM
terungkai walau dengan jerih payah kesakitan.
Di medan cerita tercetus revolusi derita
yang tidak bernama.Atas rasa yang sakit ini cerita derita ini bermula….
teruskan usaha!!
By: lyyn on Tuesday, July 8, 2008
at 1:29 PM
Lyyn terima kasih kerana menyukai Sebening Rindu, harap terus menyokong novel saya di masa mendatang.
By: azhan on Wednesday, July 9, 2008
at 10:44 AM
Pasti saya akan menyokong usaha Encik Azhan.Menyelami derita seorang Nazatul pasti bukan mudah kerana Encik Azhan adalah seorang Kamarul…..
Tersingkap kesakitan seorang wanita dari kaca mata seorang lelaki.Kiranya saya tidak menyokong usaha Encik Azhan,rasanya jiwa saya tentu sakit parah!:)
By: lyyn on Thursday, July 10, 2008
at 2:22 PM
best gle novel 2..
thniah…
bwu da ksdaran cket ttg breast cncer…
ag 1 uma plak dkt tjg krang..
ag feymes r…
hehe…
By: yart on Friday, July 25, 2008
at 7:49 AM
3.5 dari 5bintg…
tapi starting feel kurang la…derita juga la meneruskan pembacaan..
tapi bila dah masuk mukasurat 100+, aku makin menderita menghayati penderitaan Kamarul…
mcmn kamal sanggup cipta jalan cerita yg sadis utk kamarul ye?
tapi TAHNIAH la!
By: irman on Tuesday, October 28, 2008
at 8:24 AM
Thanks Irman – “Derita” juga adalah rencah kehidupan pahit akan manis juga akhirnya
Yang putih bukan tidak pernah terpalit hitam. Begitulah.
By: azhan on Tuesday, October 28, 2008
at 11:55 PM
Saya akan beli satu jika berkesempatan, tapi saya tak pernah membaca novel…(beli untuk wife baca..kerana dia suka baca novel..)
By: PsyTroopers on Wednesday, October 29, 2008
at 2:48 PM
Tuan PsyTroopers, terima kasih kerana memberi sokongan. Novel ini adalah usaha saya di dalam memberi ingatan bahaya kanser payudara.
By: azhan on Thursday, October 30, 2008
at 12:32 AM
Tuan Azhan Kamal,
Saya dah berjaya mendapatkan naskah Tun. (Happy). Dan Sebening Rindu telah dihadiahkan kpd isteri saya. Teruskan usaha memberi ingatan melalui penulisan kreatif.
P/S: Semoga penulisan Tuan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. InsyaAllah.
By: PsyTroopers on Sunday, November 2, 2008
at 6:18 PM
Tuan PsyTroopers,
Buku Tun tersenarai dalam carta bestseller MPH minggu lepas.
Terima kasih di atas sokongan dan doa Tuan. Harap kisah itu tidak menghampakan.
By: Azhan on Monday, November 3, 2008
at 12:09 AM
tahniah untuk semua kejayaan….
nak sgt jd mcm azhan…
huhuhuhu
tpi hangat2 tahi ayam jew la (busuk!)
By: crazylove on Monday, January 26, 2009
at 2:13 PM
Hebatlah anda ni…
By: RAZALI BIN SAMAD on Wednesday, August 19, 2009
at 2:30 PM
Tuan Razali, saya ni baru bertatih ramai lagi yang lebih hebat. Salam perkenalan juga daripada saya.
By: Azhan on Thursday, August 20, 2009
at 12:19 AM
ayu bru bca kt cni td,,,nti ayu try cri…i hope i’ll find it…msalahnya duk kt pulau…..smoga brjaya…good luck…….
By: ayu_A on Thursday, November 5, 2009
at 3:54 PM