AZHAN KAMAL » Umum

Kerja Sebagai Ibadah
Pagi tadi sempat memberikan ‘tazkirah’ untuk staff sempena bulan puasa ini. Tajuk yang saya berikan ialah “Kerja sebagai ibadah”.

Antara maklumat yang dapat dikongsi ialah :

Al Imam Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumuddin menerangkan, terdapat 5 pra syarat untuk menjadikan sesuatu pekerjaan yang dilakukan itu sebagai ibadah dan mendapat ganjaran pahala, kalau tidak pekerjaan itu dianggap sia-sia dan lagha.

Lima pra syarat itu ialah :-

1. Jenis dan pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah pekerjaan yang harus, bukan pekerjaan yang sememangnya ditegah dan dilarang.

Ini bererti jika pekerjaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan yang sememangnya dilarang dan tergulung pula ke dalam ertikata mungkar dan maksiat, maka terkeluar ia dari ertikata ibadah bahkan dikira salah dan berdosa.

Banyak larangan-larangan samada melalui Al_Quran mahupun hadis yang jelas melarang manusia supaya tidak melakukan perkara yang keji dang mungkar, diantaranya sepertimana firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 33 yang bermaksud;

“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata mahupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa …“

2. Niat dan tujuan yang baik

Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu walaupun ia merupakan perkara yang harus lagi disukai, tetapi jika sekiranya dilakukan dengan niat yang salah, seperti bersedekah dengan niat untuk riak dan menunjuk-nunjuk, maka terkeluarlah ia dari erti ibadah, bukan sahaja tidak mendapat pahala, bimbang dan takut kalau-kalau beroleh dosa.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Sesungguhnya setiap pekerjaan itu didasarkan kepada niat”.

Dengan niat, terkadang perbuatan yang dilihat pada zahirnya keji dan jahat, tetapi kalau niatnya baik, boleh dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala, sebaliknya dengan niat juga menjadikan pekerjaan yang baik pada zahirnya beroleh dosa.

3. (Jika kerja itu ada upah dan ganjarannya) maka hendaklah dikerjakan dengan sungguh-sungguh setimpal dengan ganjaran yang disediakan.

Ini berkemungkinan terdapat sesetengah pekerjaan yang mendapat upah dan gaji dari majikannya, lalu kerja itu dilakukan sambil lewa, ponteng, curi masa, sehingga hasil kerjanya tidak setimpal dengan upah yang dijanjikan, maka kerja atau pekerjaan itu juga sudah tidak dianggap sebagai ibadah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah lebih suka apabila salah seorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan lalu dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (sebaik mungkin).”

Lebih membimbangkan lagi jika sememangnya niat dihatinya untuk menipu dan menyeleweng, maka pekerjaan itu bukan sahaja tidak dianggap sebagai ibadah bahkan pendapatan (gaji) yang diperolehi daripada pekerjaan itu juga dikira dalah dan haram hukumnya.

4. Menjaga batas-batas Allah dan dasar-dasar akhlak.

Dalam melaksanakan sebarang pekerjaan, bats-batas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t perlu dipatuhi, bagi seorang isteri contohnya, izin dan kebenaran suami mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja luar rumah walaupun ia merupakan kerja amal dan kebajikan.

Dalam melaksanakan sebarang pekerjaan, akhlak dan kesopanan perlu diutamakan, tidak menimbulkan keharmonian dan ketenteraman, terpelihara batas-batas akhlak dalam pergaulan.

5.Tidak menghalang dari menunaikan kewajipan terhadap Allah dan terhadap sesama manusia.

Jangan sanpai pekerjaan yang dilakukan itu menghalang dari menunaikan kwajipan terhadap Allah s.w.t seperti solat dan seumpamanya, terkadang kerana ingin membantu dan menolong jiran yang mengadakan kenduri kahwin anaknya, kita menawar diri untuk menjadi pelayan hidangan, lalu kita berkhidmat secara sukarela menjadi pelayan sehinggan mengabaikan solat zohor contohnya, maka kerja itu bukan ibadah lagi namanya.

Begitu juga jangan sampai terhalang untuk melaksanakan terhadap sesama manusia, kerana terlampou pentingkan kerja lantas terus membelakangkan masyarakat, tidak mencampuri urusan setempat, bahkan langsung tidak ada masa untuk menhampiri manusia lain sehingga terkadang kewajipan terhadap manusia yang bergelar anak isteri juga terpaksa dilupakan.

Dengan terlaksananya lima pra syarat di atas, barulah setiap kerja yang dilakukan itu dianggap sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala, kalau tidak, jika sekiranya ada upah yang disediakan maka upah itu sahajalah yang diperolehinya.

Kepada Allah dipohonkan taufiq serta hidayahNya untuk memandu kita semua ke jalan kebenaran, setiap yang betul dan benar adalah daripada Allah jua, dan setiap kekurangan serta kelemahan adalah dari kita sendiri yang bersifat lemah dan sememangnya serba kekurangan.

Posted in Umum

Belasungkawa Yasmin Ahmad
Saya berdoa agar dia kembali sembuh dan menghasilkan puluhan filem-filem indah untuk kita semua nikmati. Ya, jenis filem yang menarik, penuh kejujuran dan waras. Tidak memperbodohkan penonton dengan nilai ‘pengajarannya’.

Strok boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Pendarahan otak mempunyai peluang 50-50 sahaja untuk pulih. Saya mempunyai pengalaman amat berharga tentang strok bila ianya berlaku terhadap bonda saya sendiri. Jadi, apa yang berlaku pada Yasmin sesuatu yang amat dekat dalam kehidupan saya sendiri.

Filem Sepet, Mukhsin dan Telentime saya tonton dengan rasa bangga. Kebenaran yang pahit, kenyataan yang pedih diolah menjadi satu seni penceritaan yang tulus. Dia tidak mengajarkan kita tentang sesuatu tetapi melalui sudut pandangannya, dia bercerita tentang kehidupan ini sejujurnya. Kejujuran itu kadang menghiris.

Kini Yasmin telah tiada untuk berkongsi cerita pada tanggal 25 Julai 2009. Menghembuskan nafasnya ke negeri abadi dengan seribu kerinduaan yang tidak berpenghujung. Saya akan merindui iklan-iklan Petronasnya yang menggigit kalbu. Penuh kepiluaan dan ditangisi oleh semua. Al-Fatihah.

SEKEPING RINDU DARI SYURGA

(Yasmin Ahmad, 25 Julai 2009)

Dia menghantar sekalungan bahagia

saat mentari galak membakar sunyi

dan angin perlahan-lahan mengusap kepiluan

ditaburi rindu yang amat pedih.

Ketika segalanya sudah diputuskan

hanya doa putih  mewangi diingatan

menjadi setanggi, melawan rindu

yang sering bertandang.

Dia, sekeping rindu dari syurga

yang menbiaskan sejuta bahagia

dari sejarah jiwa yang tidak

pernah luput.

Kehilangan itu rupa-rupanya telah

menghidupkan seluruh pancaindera

untuk kembali menghargai

cinta yang enggan dimengerti.

KAMAL SUJAK

CYBERJAYA, SELANGOR.

Posted in Umum

Daddy
Kata-kata yang paling membekas dan sekurang-kurangnya memberi tahu dunia bahawa MJ juga seorang ayah yang amat baik terhadap anak-anaknya .

“Ever since I was born,  Daddy has been the best father you can imagine. I love him so much,” – Paris Jackson.

Posted in Umum

Handphone
Telefon genggam yang Man bagi tahun lepas dan rosak. Skrin dia hilang dan terpaksa on/off dulu kalau nak hantar/baca sms. Leceh betul. Kalau ada orang call tak tahu saper yang buat panggilan. Malas betul nak pergi perbaiki atau beli yang baru.

Ada telefon lama Nokia yang agak antik tapi telefon tu takder kamera hehehe maklumlah antik.

Semalam masa training EIU Country Report ada maklumat tentang perkembangan di Perak dalam pangkalan data tu. Pehh apa sahaja perkembangan di negara kita memang sentiasa dikemaskinikan. Sebabnya ianya juga melibatkan kepentingan dan pertimbangan pelabur ke negara kita. Jadi kalau negara aman, perkembangan ekonomi pun lancar.

Sekarang ni kecoh pasal lompat katak di mana-mana. Kalau tak melompat mati kataklah pulakkan? Selangor pun dah risau semacam ada ADUN yang tetiba hilang. Macam pernah dengar jerkan kes sebegini? Takut sihh…

Kerja macam biasa sibuk, tak sempat nak ke nursery mana-mana masa lunch time. Selalunya saya akan makan di tempat yang ada tapak semaian tuu. Ke Bangi malah sampai ke Salak Tinggi pun pernah. Kegilaan pada flora dan fauna hehehe…

Posted in Umum

Siapa Yahudi
Saya ambil seluruh isi maklumat ini dari Utusan Malaysia. Saya berpendapat maklumat ini amat penting.

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak ‘berkuasa’ lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua – ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Posted in Umum