Musuh terbesar manusia adalah diri sendiri … kata-kata ini seperti berlantunan dibenak. Memang benar apa yang kita hendak lakukan dan usahakan, halangannya adalah diri sendiri dan kehendak hati. Akal kita menetapkan tapi hati dan perasaan menolak. Akhirnya kita tidak ke mana-mana. Masih berdiri di tempat yang serupa kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Ah! Pedulikanlah ya… saya sendiri tidak punya banyak pilihan. Kalau ditolak semuanya tidak menjadi. Kalau diturutkan rasa hati memang tidak sanggup memikulnya. Tapi pilihan apa yang saya ada? Akhirnya perlu juga digalas segalanya ini walau hati menjerit tidak mahu.
Kadang, saya dapat rasakan orang lain begitu memahami diri, tetapi saya sendiri tidak faham diri saya. Beratnya …. saya harus bangun dan memikul. Bangun untuk terus berjalan. Bangun untuk terus melangkah. Mencari tapak, mencari jejak untuk sebuah kehidupan yang saya impikan. Atau sekurang-kurangnya itulah yang saya perlu lakukan.
Saya tiada banyak pilihan bukan?
1 Disember 2007, saya mendapat surat perlantikan baru. Menjadi TP dengan segala kepayahan dan kerisauan yang tidak bertepi. Saya cuba untuk terus berdiri dan lakukan sebaik mungkin.
1 Ogos 2008 – Perlantikan ke jawatan M disandang dengan penuh tanggungjawab. Walau banyak kontroversi ada juga yang memahami situasi. Rezeki tidak berpihak ditangan mereka. M + TP/TKP bukan mudah kerana satu negara melihat.
25 September 2008 – Hari Ahad ni birthday yang ke 30++ mak datuk dah tua dah. Tapi tetap muda dalam jiwa dan kalbu tetap ingat umur masih 17thn hehhee. Kalau ada jodoh akan berhijrah ke padang baru. Tapi tak tahulah doakanlah ya!
Penghujung November 2008 saya sudah disahkan jawatan ke peringkat M. Alhamdulillah adalah kenaikan gaji sedikit.
Salam kenal Azhan, semoga sukses selalu
By: cintabening on Friday, November 16, 2007
at 6:42 AM
Terima kasih Cintabening? Dia atas doa itu!
By: azhan on Friday, November 16, 2007
at 7:04 AM
salam abg azhan…lma dah jejaki abg azhan dah lma tercari2 sjak blogspot dah ilang jejak..tapi bila ternmpak kat novel ade nama “azhan kamal” teringtkan blog yg slalu baca dulu
sebening rindu otw utk utk dibaca kang ade msa sya bgi komen lagi hehehe
By: ayu on Sunday, April 27, 2008
at 6:02 AM
Salam kembali,
Singgahlah selalu. Terima kasih kerana membaca Sebening Rindu!
By: azhan on Sunday, April 27, 2008
at 11:28 PM
thanks jenguk2 singgah2 komen2 blog me yg itteww.. moga moga kiter biser jadikks rakan siber yg baik baik gittewww..
By: en_me on Thursday, September 25, 2008
at 2:47 AM
Dijemput menghadiri Sidang akhbar Teater Cinta Julia terbitan Stefani pada 14 Nov 2008, jam 3.30 ptg di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa KL.
By: Mohd Adnan on Wednesday, November 12, 2008
at 5:48 PM
Sila jemput teman-teman bloggers sekali.
By: Mohd Adnan on Wednesday, November 12, 2008
at 5:49 PM
Salam Kenal….
By: crazylove on Monday, January 26, 2009
at 2:14 PM
Salam kenal juga Crazylove… terima kasih kerana sudi memberi komen dan bertandang.
By: Azhan on Tuesday, January 27, 2009
at 11:46 PM
salam perkenalan..
pertama kali saya nk ucapkan tahniah diatas novel sebening rindu yang dihasilkan..saya cukup kagum dgn hasil novel tersebut..sy dpt membayangkan ttg diri anda.membuatkan hati sy tertanya2 bagaimana ingin mgenali anda..didlm novel tersebut sy dapt merasai bgaimana perasaan seorng lelaki y pernah di kecewakn..
By: siti atikah on Tuesday, March 31, 2009
at 4:28 AM
Terima kasih kerana memberi sokongan terhadap novel saya. Cik Siti Atikah boleh selalu melawat ke blog saya. Kerana saya selalu updates perkembangan diri saya di sini. Juga saya banyak menghasilkan puisi di media massa. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang diberikan. Salam perkenalan.
By: Azhan Kamal on Tuesday, March 31, 2009
at 9:33 AM