Posted by: Azhan Kamal | Thursday, September 15, 2011

Bahasa kedua

Semua orang kena belajar bahasa kedua ( ketiga dan seterusnya). Masa saya di sekolah menengah dulu guru bahasa Inggeris saya kata “Negara kita silap sebab tak gunakan bahasa Inggeris.” Dia guru Melayu yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah kampung saya itu. Kami yang amat jarang menggunakan BI ni memanglah tak ambil pusing kata-kata dia tu.

Kalau dia cakap dengan saya sekarang, mesti saya angin. ‘Cikgu tak patriotiklah’, ‘kenapa nak agungkan bahasa penjajah?’, etc. Mahu berbakul saya ‘kerjakan’ dia. Masa kecil kita mana boleh angkat muka. Tunduk sahaja dan sepatah pun tak keluar.

Entah-entah cara dia ajar kami pun main tangkap muat sahaja. Sebab tu kami tak pandai berbahasa inggeris walaupun berbelas tahun belajar. Sepatutnya kalau tak pandai kena ‘repeat’ kursus bahasa walaupun kelas meningkat. kalau dah masuk tingkatan 5 pun masih tahap beginner terpaksalah terima hakikat itu. Ni kita belajar bahasa di sekolah sebab nak habiskan silibus sahaja. Lagilah kalau bersekolah di luar bandar.

Tapi sekarang mungkin berbeza. Sistem pendidikan kita walaupun berteraskan peperiksaan tapi okaylah juga. Mana ada sekolah yang terpisah-pisah macam di negara kita ni. Orang Melayu kena ikut apa sahaja yang telah ditetapkan dan kelonggaran diberikan untuk sekolah jenis kebangsaan.

Bila bekerja ni saya tengok pelajar sikit punya taksub dengan bahasa asing. Yang Jepunnya siap begitu megah menari dan bercakap Jepun. Tapi bahasa Melayu tak pula dipraktikkan oleh pelajar asing yang ambil kursus bahasa Melayu itu. Mereka tak akan berbicara dengan BM dengan kakitangan walaupun sudah 3- 4 tahun belajar di negara kita. Sebabnya mungkin kita ingat dia orang asing dan kit aperlu bercakap dengan mereka gunakan bahasa Inggeris.

Mungkin juga mereka tak megah nak berbicara dalam BM sebab sikap kita sendiri yang suka pada benda yang diimport. Tak pernah saya lihat mereka ini nak tahu tarian zapin ke apa dan berbangga menarikannya sebagaimana pelajar-pelajar tu bersungguhan menari dan belajar bahasa Jepun/Jerman /Korea etc. Mungkin kesilapan kita juga yang terlalu mengikut sahaja.

Kita sudah merdeka 54 tahun. Catatan sejarah kita pun macam dah tunggang -langgang. Membuatkan orang ramai keliru mana satu yang betul. Kalau diikutkan yang keluarkan kenyataan tu profesor, tapi kenapa tunggu selepas 54 tahun baru buat kenyataan sebegitu.

Oleh kerana kita tak pernah dijajah British then perlu ke sambutan kemerdekaan ni? Kita kena sambut Hari Malaysia sahaja barangkali.

Esok cuti.

 

 

Advertisement

Responses

  1. Yer,esok cuti

  2. 16 September harus diingati sebagai birthday saya :)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.