Aku telah memilihmu untuk percaya
bahawa esok hadir membawa cerita baru
sekeping kisah yang manis untuk di tatap
dalam hidup sesingkat ini, bahagia yang entah
bila bertandang.
Engkau yang bersembunyi dalam keriuhan itu
sebenarnya terlupa pada takdir yang tertulis
pada pertemuaan yang enggan dilupai
pada kemesraan yang bertaut
pada seribu sunyi tiba-tiba telah mati
saat matamu memandangku
keharuaan yang memilukan.
Aku hanyalah sebutir kenangan
terbang di awangan, hilang di matamu
cuma akan kau kenang secuit kisah kita
menjadi bingkai memori bersemadi
di sudut hati.
Masihkah kau akan mengingatiku
sebagaimana kita bertemu?
atau kau hanya bebayang yang mengilang
di disihir pelangi petang
berterusan melukai sekeping waktu
yang seharusnya kita raikan
dengan kebahagiaan.
Cyberjaya
9 September 2011
Lama tak singgah disini, apa khabar Mal, wah sajaknya makin menarik dan berkauliti ler, Tahniah ya
By: AbahMuda on Tuesday, September 13, 2011
at 6:38 AM
Salam Lebaran,
Thanks sudi singgah lagi.
By: Azhan Kamal on Wednesday, September 14, 2011
at 12:17 AM
Salam puisi sdr Azhan..suka dengan puisi ini..:))..syahdunya…
By: nur hanis on Tuesday, September 20, 2011
at 2:13 AM