Posted by: Azhan Kamal | Friday, September 9, 2011

Makan

Pedih juga rasa di hati bila menatap foto di bawah ini. Kanak-kanak Somalia yang kelaparan.

Di zaman sekarang ini dengan manusianya yang berlumba nak bina istana di bulan, mereka baru nak fikirkan perkara paling asas iaitu makanan untuk rakyat. Ohhh bukan kah Somalia dikelilingi oleh negara-negaraIslam yang kaya?

Di Malaysia kita boleh lepak-lepak sampai ke subuh di kedai Mamak. Sampai sekarang ni kes rompakan di Kedai Mamak menjadi trend pula. Kebaikannya tetap ada, jangan suka buang masa melepak di kedai mamak silap timing perompak bukan sahaja rompak kedai tu tapi dengan kita-kita sekali di bedalnya.

Di negara kita, kita boleh pilih apa yang kita nak makan. Saya sendiri jarang makan sebarangan. Amat memilih juga bila makan. Selalunya tak habis. Tapi kalau masakan itu bonda saya yang masak, lauk ikan kering dan sambal belacan pun boleh tambah 2 -3 kali. Well, tetaplah makanan ibu kita yang ‘tersorga’ di dunia ini. Masakan isteri tak tahulah pulak.

Zaman sekarang mana sempat sangat nak masak. Based on my friends experienced juga jiran tetangga, mereka tetap berebut juga dengan saya setiap malam makan di restoran yang sama. Hari tu masing-masing mengeluh sebab restoran tu tutup bila raya.

Kanak-kanak di Malaysia susah benar bila di suruh makan. Lebih memilih makanan ringan @ jajan yang tidak berkhasiat tu. Apa yang kita makan boleh mempengaruhi pertumbuhan otak kita. Pelupa, pemarah dan sebagainya disebabkan faktor pemakanan. Tiba-tiba nak jadi pakar pemakanan pulak. Bacalah artikel-artikel tentang pemakanan. Kita kena makan bahan makanan yang betul untuk fungsi-fungsi badan kita.

Kalau dilihat statistik rakyat yang obes, penyakit kencing manis dan sebagainya disebabkan oleh faktor pemakanan. Terlebih makan pun tak boleh terkurang makan pun jangan. Berpada-padalah. Bersederhana itu yang terbaik.

Minum air kosong bukan sebab nak berjimat tapi sebab kesihatan.

Note :

Tadi jumpa my friend dari kedah di Kem. Pendidikan, PTJ. Dia sempat belanja mee kari. Sempat bercerita kisah perjalanan hidup dia dan bagaimana dia bangkit membina kehidupan semula. Pehh nak menitis airmata. Boleh buat novel tu. Apapun dia semakin bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Alhamdulillah. Satu pintu tertutup pintu lain akan terbuka. Kebahagiaan ada di mana-mana asalkan kita berusaha.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.