Saya suka dan minat berkebun. Walaupun laman rumah dah tak ada tempat lagi nak di tanam pokok, saya gunakan kesempatan kawasan ofis untuk di buat taman. Ala-ala ‘public garden’ camtu. Yalah daripada tempat tu tak terurus di tanam pokok entah apa jenis baik saya buat projek hijau di kawasan tersebut.
Tetapi buat masa ini ( masa lain tak tahu pulak) saya memang minat nak tanam kemboja. Walaupun orang kata pokok ini hanya sesuai di kuburan tapi peduli apa kan? So what ? Saya kerahkan team ofis saya tanam pokok kemboja ini di kawasan tempat letak kereta. Kat tempat tu pokok dia yang besar-besar dah kena kanser (nak mati sahaja lakunya). Kawasan sebelah ofis ini pun saya tanam juga. Sekarang ni baru tanam dalam 20 pokok.
Kemboja pulak sebenarnya ada beribu variety colour yang memikat jiwa. Warna ungu sahaja ada 12 corak yang berbeza, merah pun pelbagai jenis dan multicolor lagi. Kemboja yang kita kenal hanya putih dan merah jambu. Padahal di Kuantan tu ada ladang kemboja di mana terdapat lebih 400 jenis dan kepelbagaian warna.
Agaknyalah pengusaha tapak semaian tak banyak buat research dan membaca sebab itulah apa yang dijual balik-balik benda yang sama sahaja. Tiada kepelbagaian, kalau color tu, color tu lah sahaja yang dijual. Sebab tulah bila saya cakap nak tanam kemboja, pihak lanskap universiti macam skeptikal. Nantilah bila pokok tu besar dan berbunga pasti dia kagum dengan kepelbagaian warna yang ada. Bukan sekadar putih!

betull..saya setuju…lagi pun bunga kemboja nih harum baunya..
incik kamal..bila nak kuarkan novel baru?
By: LIBL on Thursday, September 8, 2011
at 1:03 AM
Kemboja dari syurga…
Novel baru insyaAllah adalah tu. Tunggu ya!
By: Azhan Kamal on Thursday, September 8, 2011
at 1:07 AM
Saya suka kemboja
Bukan kubur sahaja tempatnya
By: difience on Thursday, September 8, 2011
at 9:56 AM