Posted by: Azhan Kamal | Wednesday, November 11, 2009

Membarah

Semenjak dua menjak ni rasa macam dah hilang semangat nak bekerja. Ada benda besar yang buatkan saya rasa menyampah bila pergi mesyuarat pasal satu hal yang tak sudah-sudah tu. Membarah dan bernanah kalau ikutkan dah.

The development team asyik anjakkan tarikh, dan bila kita komen function system dia yang tak lengkap mereka kata tak ada dalam requirement yang terdahulu padahal mereka design sistem tu tak ikut spec.

Bangunan “baru” extension sudah hampir siap. “The Red” merupakan tema deco di dalam bangunan tu. Bolehlah… sebab projek bangunan baru 3 tingkat tu saya kena fight lagi untuk tempoh 3 tahun mendatang. Kejj sungguh…

Kalau saya sudah ‘fed-up’ sangat saya nak berhijrah. Tapi saya taknaklah tinggalkan kapal masa mereka dalam kesusahan. Saya mungkin akan gunakan ‘tangan-tangan ajaib’ untuk selesaikan isu di atas. Saya memang nampak pendiam tapi saya pernah gunakan teknik “jurus sesumpah” saya dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pembuat keputusan. Keberanian itu saya sendiri kadang tidak terjangkakan.

Mungkin saya sendiri belum sepenuhnya menggunakan keupayaan diri dalam menyelesaikan hal ini. Maklumlah saya menggunakan dana orang untuk projek tersebut kenalah ikut peraturan yang sepatutnya. Jika tidak memang saya beli sahaja produk yang ada di luar sana tak perlu pecah kepala.

————————————

Cuma masanya belum tiba… terkadang bila dicari sukar untuk ketemu. Terkadang ia datang ‘melayang’ ke kelopak hati tanpa dipinta. Cinta sejati biarkan ia datang sendiri.”

Melissa Abdullah

“Cuma jujurlah pada diri sendiri, tapi kadangkala orang tidak mahu berkawan atas faktor yang sukar difahami. Berkawan kadangkala sejuta kali lebih baik dari bercinta.”

Zakuan


Responses

  1. Kenapa kita hendak menjadi insan yang setia pada sesuatu. Sedangkan ia memakan diri kita sendiri. Masa semakin berlalu. Hari demi hari, tahun demi tahun habis begitu sahaja. Umur semakin meningkat. Entah esok entah lusa kita tiada lagi di dunia ini. Jadilah orang yang optimis dan opportunis. Pandanglah langkahlah ke depan. Tinggalkan apa yang di belakang. Buka lembaran baru. Lihatlah pada perspektif baru. Sesungguhnya tidak rugi kalau berani mencuba. Risk Taker. Lihat dunia sekeliling. Dunia tidak lihat kita lagi. Tinggalkan ia. Buat apa menjadi lilin yang menerangi, membakar diri. Rugi dunia & akhirat. Apa pun tak dapat. Be Opportunist Kamal when people see and need your experience and talent.

  2. MyZ — Sedang memikirkan perkara ini sedalamnya… telah tiba masa untuk berubah!


Leave a response

Your response:

Categories