Selepas balik dari Retreat di Melaka tempohari kepala saya sakit. Kena serangan migrain tak henti. Batuk pulak satu hal, dugaan sungguh. Ubat batuk dah masuk botol ke 4, doktor di Malaysia nak saya tunggu 10 hari lagi barulah dia buat ujian darah. Baguslah, kalau saya ada 10 hari lagi …
Bila saya bercakap, batuk serta merta akan keluar. Gatal-gatal, dan ubat sakit tekak yang macam gula-gula si Euphon itu saya makan macam ‘jajan’ aje. Mak tengok saya macam ayam patah leher ketika balik kampong tempohari. Dia suruh saya berurut dengan seorang mbah, perempuan tua tu … memang sakit kepala saya hilang lepas tu tapi batuk tetaplah ada. Jangan cakaplah betapa ‘malunya’ saya bila mbah tu urut sisi sentitif saya. Mulut dia yang ramah bercerita itu telah mengurangkan rasa segan tu. Apa-apalah janji sakit hilang.
Ohhh masa hari Ahad lepas saya terkejut amat sangat bila balik rumah. Bukan sebab menang deko-deko Celcom tuu, bukan. Pagar rumah saya telah diganti baru, tapi bukan design yang saya minta. Bahagian atas yang sepatutnya berukiran daun padi menjadi kelopak bunga ros yang berlingkar, cuba bayangkan! Betapa jauhnya perbezaan … terus lari konsep “teduhan’ saya itu. Memanglah saya suka tumbuhan tetapi bunga ros bukan termasuk dalam senarai bunga yang saya suka.
Sudahlah pagar lama saya tu depa ambik. Tapi saya dah call nak balik pagar tu ( jual kat besi buruk boleh gak dapat aiskrim kan?). Saya tak akan bayar selagi mereka tak ubah design tu. Tunggu sikit punya lama, hasilnya macam ini pula. Nak tolong bangsa sendiri pun susah. Entahlah …
Malam tadi makan ubat batuk yang seharusnya berasa mengantuk tapi tak jugak ngantuk, mata saya berterusan segar bugar. Sekarang saya mengantuk …(hehehe).
awak…try la minum air asam jawa campur ngan gula batu…suam..untuk hilangkan batuk tu…kalau sy batuk…sy try wat cam ni je…try la mane tau…berhasil..kan…sian awak..
By: noor on Friday, October 16, 2009
at 9:10 AM
malam2 bancuh asam jawa, tutup dan simpan (berembun) , esok pagi2 minum sebelum basuh muka – petua katanya, cubalah.
By: sidugong on Wednesday, October 21, 2009
at 2:53 PM
Tuan, ya akan dicuba nanti. Terima kasih berkongsi petua.
Cik Noor terima kasih juga!
By: Azhan Kamal on Thursday, October 22, 2009
at 12:49 AM
salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang laa singgah my blog..
By: JHaZKiTaro on Thursday, October 22, 2009
at 10:59 AM
saya juga mengalami masalah yang sama.
Bila dapat batuk..makan masa untuk pulih…
Jadi saya dapat 1 solution – mungkin kena makan vit c. (beli yang baik sikit) insyaAllah…saya try…its better…
batuk semakin tak menggila…kemudian mula memulih…
* sesuatu yang baik untuk dicuba…
By: awan on Sunday, October 25, 2009
at 12:01 AM
ui… merajuk lama ke dgn bunga padi tu?? lama tak update ni en. kamal.
By: LiTt|e^m3 on Monday, October 26, 2009
at 6:48 AM