Hari Jumaat Malam Sabtu, kereta saya buat hal di depan masjid masa orang nak azan. Semua makhluk melihat (tapi tidak membantu). Alarm tiba-tiba berbunyi dan dengan gelabahnya cari suis itu ini. Akhirnya ada seorang pak cik tu tolong cabutkan suis hon itu. Senyaplah seketika dan selepas berterawih ada pula sorang hamba Allah membantu. Nasib baik suis kereta dapat dihidupkan kalau tak menapaklah saya malam tu. Cubaan betul.
Sabtu pagi ke 7 Eleven, beli BH dan hati sedikit terubat bila puisi saya “Tegar” disiarkan. Rasanya hampir 2 bulan tidak tersiar. Okaylah walaupun pendek puisi tersebut tapi bagi saya ianya mempunyai maksud tersirat yang kuat.
TEGAR
Wujudnya tegar memaksa dan meminta
meminta dan terus meminta
sehingga memperoleh segala rasa.
Wujudnya hanya untuk memberi
memberi dan terus memberi
sampai tergadai segala isi.
KAMAL SUJAK
Teduhan, Klang, Selangor.
9 September 2009
(Berita Harian, Sabtu 12 September 2009)
tahniahnyerrr.. me blogger tegar jerr.. volleee ghiteww
salam aidilfitri maaf zahir bathin wat abang azhan ittewww
By: en_me on Monday, September 14, 2009
at 3:09 AM
Salam Aidil Fitri buat Abg Me dan keluarga. Kalu makan cucur udang tu ingatlah saya di sini hehehhe….
By: azhan on Monday, September 14, 2009
at 3:23 AM
en. kamal… semacam pelik plak.. tahun ni tiada entry lagu sanisah huri bersabarlah sayang… dah tukar lagu tema raya ke?
By: LiTt|e^m3 on Tuesday, September 15, 2009
at 3:38 AM
Still lagu yang sama. Sekarang dok bilik sorang lagilah dari mula masuk sampai balik dok dengar lagu tuu. Semacam berhantu dan memberi semangat untuk bekerja.
By: Azhan Kamal on Tuesday, September 15, 2009
at 4:31 AM