Posted by: Azhan Kamal | Wednesday, September 2, 2009

Cermin buat bonda

cermin

Cermin ni saya perolehi melalui Yayasan Universiti Multimedia. Perabut yang di jual dari koleksi Cancelor kami. Perabut-perabut yang pernah digunakan di bilik Cancelor kami yang lama. Agak menarik juga jika melihat dari corak ukiran kayunya. Apa yang penting Tun Cancelor kami mungkin pernah menggunakan cermin ini untuk berdandan. Maka adalah nilai sentimentalnya. Saya gantung di satu sudut di ruang tamu rumah saya. Mula-mula nak buat konsep modern contemporary tetapi bila dah masuk ukiran begini konsep pun larilah kepada modern tropical. Yalah wujud unsur nusantara dengan adanya bench kayu jati dan unsur logam yang memberikan inspirasi moden.

Masa saya terpandang cermin itu saya teringat bonda saya. Cermin besar yang saya beli di Java Decor Shah Alam itu digantung agak tinggi kedudukannya di dinding. Tujuan cermin tu hanyalah untuk memberi kesan dramatik untuk lukisan yang digantung di dinding tumpu. Bonda saya terpaksa panjat kerusi bila nak betulkan tudung dia jadi dengan adanya cermin ini dapatlah dia menggunakannya dengan selesa.


Responses

  1. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    • Salam Ramadan Tuan Haji, Khabar baik.

  2. Salam ramadan..wah! menarik la cermin tu…moga bonda bahagia..

    • Salam Ramadan juga buat Puan Hanis. Terima kasih.

  3. Cantik cermin tu….


Leave a response

Your response:

Categories