Posted by: Azhan Kamal | Wednesday, August 26, 2009

Tuan Doktor

Semalam saya ke HKL hantar my mum buat medical check-up. Dulu masa mula-mula keluar hospital bonda kena datang setiap 3 bulan dan kemudian 6 bulan sekali dan sekarang dah setahun sekali. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan tuhan.

Saya perhatikan doktor-doktor di unit Neuro tu bertukar ganti. Setiap kali datang mesti dengan doktor lain. Since dah ada medical history file tu senanglah para tuan doktor lihat sejarah pesakit. Mungkin suatu masa nanti akan ada ‘online’ version pulak. Semalam saya bertolak dari TK pukul 6.30 dan sampai di HKL kira-kira pukul 8.30.

Standardlah hospital kerajaan kena tunggu 2 – 3 jam walaupun sudah ada appoinment. Dapatlah no giliran 17, saya suka doktor ini. Dia walau tanpa pegang atau sentuh pesakit sudah dapat tahu keadaan pesakitnya. Dia memandang kertas dan membuat catatan lebih lama dari memandang wajah bonda saya. Alangkah baiknya jika suatu masa nanti consultation hour itu dilakukan secara online sahaja tak perlulah kami bertolak subuh-subuh begitu hanya untuk tempoh ‘rawatan’ tak sampai 10 minit sedangkan waktu menunggu yang berjam lamanya.

My mum hanya perlu makan pil multivitamin untuk tempoh 6 bulan lagi sebelum temujanji akan datang. Apapun terima kasih untuk warga HKL terutama para doktor yang telah menjaga dan memberi layanan yang baik sepanjang kami berada di sana.

TERIMA KASIH
( Buat Warga Hospital Kuala Lumpur)

Terima kasih kerana
telah merawat bonda kami
tanpa jemu dan rungutan
kerana siapalah kami
untuk meminta-minta
hanya menerima apa
yang sudah tersurat
di kalam tuhan.

Setiap titis keikhlasan
yang kalian curahkan,
tidak akan mampu dibalas
terima kasih di atas keperihatinan
tanpa usaha kalian, sungguh
sukar kami bayangkan -
dialah nyawa, dialah segala-galanya
yang kami damba.

Setelah setahun,
bonda semakin sihat
berulang ke hospital untuk
pemeriksaan dan pelbagai ubat
syukurlah padamu tuhan
kerana berkat kesungguhan
kalian yang sanggup
bersengkang mata
merawat penuh cinta
kini bonda kami kembali
sihat sejahtera.

KAMAL SUJAK
Tanjong Karang – HKL


Responses

  1. salam

    buat kamu..

    • Salam Ramadan juga buat kamu!

  2. aku ingin menjemput kamu kesuatu laman, tapi tak tahu alamat emelmu, kiranya sudi dihati, dengan hormat aku menjemput kamu kesana..sekadar ziarah..jauh perjalanan luas pemandangan. terima kasih.

    • Email saya azhanlink@yahoo.com.tq

  3. nice one.. salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. :)

    • Salam Ramdahn juga Jhaz. Saya sudah melawat blog saudara. Pehhh menarik sekali!


Leave a response

Your response:

Categories