Gadis kecil itu menyapaku
ketika aku sibuk dengan urusan
harian, entah berapa lama dia memandangku
di tangannya ada beberapa naskah kalender
dan resit untuk sesiapa sahaja yang ingin
menderma, ”untuk sekolah anak-anak yatim”
katanya lembut.
Wajah jernih itu berterusan menanti
penuh pengharapan, tiada wang kecil
di saku seluarku. Aku sedikit malu
bukan tidak sudi membantu
dia terus berlalu.
Hari itu, aku bertemunya di tempat
yang sama. Dia tidak lagi menghampiriku
seperti selalu. Ingin sahaja aku bertanyakan
persekolahannya dan mengapa dia
tidak berada di rumah membaca buku
di waktu malam begitu.
KAMAL SUJAK
TEDUHAN @ KLANG
19 Ogos 2009
Salam kunjungan saudara Kamal …
selamat berpuasa juga.
By: zulkifli mohamed on Monday, August 24, 2009
at 10:48 AM