Koleksi bunga raya saya bertambah satu lagi. Ini pun sebab Auntie Zaharah yang punya nursery di Dengkil tu call dan offer si kuning ni kat saya. Sebagai pelanggan tetap dia memanglah saya akan beli dan kebanyakkan koleksi tumbuhan saya beli dari nursery tersebut. Dia pun tak berkira sangat dengan saya dan selama saya membeli bunga dengan dia selam 10 tahun ni hanya sekali sahaja saya pernah menawar harga yang dia offer. Sebabnya bukanlah saya banyak duit, tapi hargany amat berpatutan berbanding di tempat lain dan dia dah siap bagi diskaun pada harga yang dia beri.
Nursery dia ala-ala kampung jer, kena tengok dan buka mata luas-luas barulah kita jumpa pokok-pokok klasik di nursery dia tu. Oleh kerana dia ni collector juga maka kita akan jumpa pokok-pokok yang hampir pupus tu di sini.
Berbalik pada bunga raya, di TK saya akan concentrate pada pengumpulan species bunga raya sahaja. Tanam di tanah sekeliling rumah di tengah sawah. Terutama di kawasan dapur. Saya nak bila mak saya buka tingkap dapur sambil memasak atau basuh pinggan tu dia akan terpandang bunga-bunga raya indah berkembangan dan dia akan ingat pada saya (hehehe).

Saya layan tumbuhan yang ada di rumah saya di “Teduhan@Klang” tu macam anak-anak saya sendiri. Bila saya nampak ada nyamuk menghurung pun cepat-cepat saya sembur “ridsect” dan kalau pergi mana-mana saya upahkan adik beradik tolong ‘mandikan’ depa nih. Betul! Saya mandikan lycopodiums dan platycerium saya sebab taknak ada habuk.
jaga bunga pun mcm jaga anak…mcm mane la kalau ade anak sendiri nnt??ermm..
By: noor on Thursday, August 20, 2009
at 2:49 AM
Noor, itu pun kalau ada ehhehe …
By: Azhan on Thursday, August 20, 2009
at 2:54 AM
wah wah suke la tgk pokok-pokok tuh…segar hijau, cantikk… seronok kan gardening nih, saya pon kdg2 bila siram pokok2 bunga boleh ckp2 and nyanyi kat pokok2 tuh.. rasa mcm mereka paham je.. he he
By: mai on Thursday, August 20, 2009
at 7:28 AM
Mai betulah tu … cuba bandingkan keadaan pokok bunga tu sebelum disiram dan selepas disiram pasti you tahu kelainannya. “Mereka” macam suka sahaja bila lepas disiram atau bila kena hujan kan?
By: azhan on Thursday, August 20, 2009
at 8:05 AM
mmg mnat bunge rayer k…hehe.semgt ptriotk tol…hehe
By: nifa on Sunday, August 23, 2009
at 10:52 AM
haiiiiiiiiiiii
By: nifa on Sunday, August 23, 2009
at 10:52 AM
Hi Nifa, mestilah bunga raya ni banyak species dan menarik.
By: azhan on Sunday, August 23, 2009
at 11:58 PM