Posted by: Azhan Kamal | Tuesday, August 11, 2009

KEMBALI

Awan mengepung kesuraman
di tengah adalah rindu
tergantung bagai bait-bait
puisi cinta yang tidak
lengkap tanpa kehadiranmu.

Denting waktu itu
seakan terhenti saat perpisahan
nyata di depan mata
tidak terucapkan sekalipun
seluruh jiwa cuba menafikannya.

Doaku moga dikau tenang
di sisiku sekeping memori
yang basah kugenggami
adalah kisah kita yang ternoktah
dan perlahan-lahan cuba kuterima
sebuah pamitan ini.

AZHAN KAMAL
11 Ogos 2009
Klang – Cyberjaya


Leave a response

Your response:

Categories