Posted by: Azhan Kamal | Thursday, July 30, 2009

Kereta

Setiap pagi kena bangun awal ke tempat kerja. Rasanya burung-burung pun masih tidur masa saya keluar rumah. Dari Klang ke CJ ambil masa sejam berkereta. Kalau naik bus kena bangun pukul 4.30 pagi sebab kena naik bus pukul 6.00 tegak di Lotus Klang ( Jalan menghala ke Pelabuhan Klang). Di bandar Klang ada pembinaan jalan bertingkat disitulah bapak segala jammed berlaku.

Saya perhatikan bila berkereta di lebuh raya. Kereta-kereta besar amat ‘garang’ tak boleh usik lorong laju. Bila kereta kecil masuk sikit sahaja bakal tak berapa saat mereka akan ‘mengkuis’ kita ketepi. Macamlah kita tak bayar tol kan?

Tapi itulah lumrah hidup, masa depa masa emas, kejar kontrak juta-juta. Kena pantas. Masa orang lain tidak penting bagi mereka. Lorong laju untuk merekalah. Kita pandu di bahagian tengah sahaja sambil dengar lagu hehehe.

Kalau saya berkereta besar pun mungkin saya akan buat perkara yang sama ( ada hati tu nak balas dendam). Well, kereta selalu dihubungkaitkan dengan kejayaan seseorang. Kereta apa yang kita pandu sedikit sebanyak ‘memandu’ orang lain menilai kedudukan ekonomi dan status kita. Begitulah manusia kan? Depa akan sibuk tanya pakai kereta apa sekarang?

Kejj

KERETA BESAR DIA

Sebesar mana pun keretanya
tetap beroda empat
seperti kereta kecil kita,
biarlah kita ketepi
agar mudah dia mengejar sesuatu
di lorong deras itu.

Walau berkereta kecil
kita tidak semestinya kalah
tetap juga sampai ke destinasi
tanpa perlu sakit hati.

KAMAL SUJAK
CYBERJAYA, SELANGOR.


Responses

  1. Best la sajak kereta ni…. setuju 100%


Leave a response

Your response:

Categories