Sunyi pun pecah dilaungan itu
getar rasa terjelma di lubuk hati
melepaskan gigitan alpa yang
bersembunyi di sanubari
di setiap putihnya sebuah perjalanan hari
ada doa-doa yang belum terucapkan lagi.
Tuhan yang maha pengampun
di setiap laungan azan yang memecah
debar hati, gerakkanlah diri untuk
kembali mendakap sebuah keinsafan
pada detik waktu yang remuk di hempas
kekhilafan sendiri
juga perjalanan usia entah di mana
teduhannya.
Bergegaslah mengerjakan suruhan
waktu yang berlalu tidak akan kembali
di setiap laungan azan di jendela hari
sebenar-benarnya untuk kita fahami
kerdil diri !
- KAMAL SUJAK
SHDL, MMU CYBERJAYA
13 Julai 2009
salamm bro..
By: en_me on Thursday, July 23, 2009
at 11:26 AM
Salam Jumaat bro!
By: azhan on Friday, July 24, 2009
at 12:25 AM