Sekarang ni aku secara rasminya jadi penduduk tetap Klang. Ohhh aktiviti perpindahan dari Seri Kembangan ke Klang memang ‘hazab’. Semalam aku sewa lori nak ambik barang dari Desaminium. Alah satu katil dan baju-baju jerr. Boleh pak guard tu kata “lori tak boleh masuk, hari Ahad tak boleh pindah, kena ada surat dan datang besok sahaja.” Bila masa pulak mereka buat peraturan macam tu. Aku tak pernah baca pun sungguh menjengkelkan tahap gaban pecah sepuluh. Geram jerrr… since lori dah disewa terpaksalah aku usung katil tuu (divan) nasib baiklah tak berat sangat. Tapi letih sangat beb.. Dari tingkat 14 turun sampailah ke pintu masuk pak guard tuu. Pak cik tu tak rasa simpati langsung takpe-takpe…hishh.
Well malam tadi plak aku buat pertama kalinya tidur di Teduhan. Mak aii rasanya dalam kol 3 pagi baru bole terlelap. Rasa macam ada orang berjalan, buka pintu dan anjing dok menyalak. Hishhh. Aku pasang semua lampu. Heheheh termasuklah lampu tandas dan bilik-bilik lain. Nilah bahananya bila nengok “Jangan pandang belakang” terlebih.
The langsir tu kan buat rumah aku gelap. Cokelat pekat gelap. Umah aku jadi gelap. Memang cahaya tak boleh tembus. Tapi takpelah elok gak. Misteri sikit. Since manusianya tak ada masa siang rumah tu akan kekal gelap sentiasalah. Mak aku suh tukar warna yang cerah sikit. Tak terfikir plak aku, hari tu masa di Macy nampak anggun langsir tu. But overall okaylah. Puas hati gak.
Pokok tanduk rusa dah bawak semua ke Teduhan. Tepek kat dinding di kiri dan kanan porch. Harapnya dia boleh terus menepek kat dinding-dinding tuu. Cantik gak kalau boleh jadi begitu.
Mak, Abah, Yana dan Adik Dan dah tido semalaman di rumah tuu. Adik Dan taklah menangis teruk. Cuma dia cam pelik jerr tengok suasana sekeliling tak sama macam kat TK agaknya.
Tapi yang sadisnya pukul 6.45 aku dah kena keluar rumah dan sampai CJ dalam pukul 7.45. Takpelah pengorbanan kan?