Majlis akad nikah berjalan dengan amannya pada Sabtu 4 Julai 2009 malam Ahad. Wah! Man untunglah bapak mertua dia yang lebih menggigil dari dia, bolehlah dia eksen jawab dengan konfidennya. Sekali lafaz dan tak nak pulak praktis bila tok imam tu kata nak try dulu ke tak.
Man kata tangan bapak mertua dia yang menggeletar tu telah membuatkan dia lebih confident. Apa pun segalanya telah selamat. Karpet merah, mercun cina yang panjangnya berjela berbunyi di sana-sini. Meriah sekali majlis tu. Selamat pengantin baru untuk Man & Jue. Yalah, dulu bercinta dengan kakaknya, tak dapat kakak dapat adiknya pun berbaloi gak. Kalau dah jodoh tidak ke mana. Hehehe.
Saya pulak yang bergenang air mata. Tekanan kat saya pulaklah lepas nih, 100% tension bila ’spotlight’ terarah kepada saya pula. Hisshhh… bila orang tanya saya akan jawab “Belum ada orang mintak..” Kelass tak jawapan tu?
Hahaha … nantilah. Kadang saya terfikir, hidup seorang tidak semestinya tidak bahagia. I’m happy dengan apa yang saya kecapi sekarang tidak satu pun berkurang. Cuma tulah … mereka risau bila tua saya hidup keseorangan. Aiyoo dah tua saya ni kan?
Hal-hal lain ;
Si Macy hantar set kerusi yang sama, the one yang saya reject minggu lepas. Mungkin ‘jodoh’ saya dengan kerusi tu kuat, saya acceptlah sahaja, walau designnya agak terlalu moden, simple moden. Sekeping kayu yang melentur tanpa besi dibahagian belakangnya. Memang kelass cuma …warna oak tu agak gelap dengan meja yang cerah.
Malas nak fikirlah accept jerlah.