Akhirnya kita tidak punya apa-apa. Tinggalah segalanya, di hujung kenikmatan duniawi semata. Berserah pada yang Esa mohon diberikan petunjuk dan kesabaran.
Alhamdulillah Man akan bernikah malam Ahad nanti. Ada sekeping gambar lama yang saya jumpa semasa mengemas teduhan. Tak sangka masa berlari, Yana dah ada Daniel, Julie dah ada Akmal dan Aiman dan kemudian Man pula meniti hari-hari bahagianya. Potret lusuh itu hanya tinggal sekeping itu. Naif sahaja mereka semasa kecil. Comel …
Akhirnya kita punya tanggungjawab untuk dipikul. Setiap hari yang beranjak saya tetap berdoa yang Allah akan perkenankan segala doa.
Water poppy (Hydrocleys nymphoides) ini ( begini pic nya saya salin dari laman web)

Saya beli di dengkil dan bakal menjadi penghuni tetap Teduhan 4.
Itu semua putaran hidup kita sebagai manusia di muka bumi Allah SWT…syukurlah….kita masih bernafas lagi untuk berbakti kepada masyarakat
By: tmiey on Friday, July 3, 2009
at 5:11 AM
Hanya padaMu aku berserah…
By: Azhan on Friday, July 3, 2009
at 6:59 AM
teratai saya bg dulu2 tu ada lg tak??
By: Litt|e^m3 on Monday, July 6, 2009
at 9:35 AM
Dah pergi ke syurgalah dik. Dulu ada gak benihnya kat parit tu tapi entah siapa yang meracunnya.
By: Azhan on Tuesday, July 7, 2009
at 12:31 AM