Posted by: Azhan Kamal | Thursday, June 18, 2009

Nigeria …

Baru habis mengajar ‘bapak budak’ dari Nigeria yang melawat sambil shopping di Malaysia. Seronok jugak mengajar mereka ini. Ada seorang uncle tu sudah ada 20 orang anak dan masa di Langkawi tetaplah berminat memborong tongkat Ali. Hehehe…

Masa gi kelas biasalah malas jer nak bangun dari bilik hotel tapi bila ajak shopping semua tiba-tiba cergas. Yang bertongkat pun boleh berlari anak. Itulah antara karenah kengkawan dari Nigeria. Semalam mereka telah berlepas pulang ke Nigeria.

Setiap petang saya ke Klang. Tengok apa perkembangan terkini ‘gubuk’ yang dalam proses baik pulih tu. Dua buah pergola di depan rumah sudah hampir siap, dijangka hari Jumaat bereslah kerja. Sabtu dan Ahad Julie akan pindahkan semua barang dia ke rumah baru mereka. Rumah saya tu dah jadi rumah lama … sedih!

Isnin saya akan bercuti. Letihlah … Nak belek Teduhan.


Responses

  1. salam..
    hai..bila nak kuar buku baru ni? pastu kan, url blog saya dah tukar la..bukan lagi bicara teman…yang ari tu dah terlupa password so terpaksa la tukar baru hehehehehe

  2. Insyallah, akan ada buku baru tak tahun ni tahun depan. Sebabtahun ni jadual penerbitan alaf dah penuh. So kalau tahun depanmungkinlah ada.

    Tq …

  3. Bestnyer..en kamal ikut nigerian g langkawi yer..ade ole2 untuk saya tak??


Leave a response

Your response:

Categories