Posted by: Azhan Kamal | Friday, June 12, 2009

Teduhan 4

Projek mengecat sudah bermula hari ini. Yalah nak tutup segala hasil nukilan 2 orang anak buah yang bercita-cita nak jadi pelukis terkenal. Habis dinding rumah tuu jadi lakaran karya seni depa.

Red Ruby menjadi pilihan untuk dinding titik tumpu. Yang lain warna putih bersih “Brilliant White”. Cuma tandas jer saya cat dinding dia warna hijau muda.

Bahagian dapur tempat jemuran dah siap diplaster. Cepat depa buat kerja. Pergola akan di bina di bahagian depan. Nak gantung semua pokok-pokok yang ada nanti di dinding. Bahagian luar tidak akaan di cat. Nak biarkan nampak ‘usang’ dan perlu melalui hutan dara sebelum sampai ke pintu utama.

Ada satu cermin besar yang dibeli di Shah Alam “Javadecor” dan 5 keping lukisan dari “Soul” yang sedia untuk digantung. Tapi tunggu semua barang dari Macy sampai 20 haribulan nantilah baru gantung-gantungan itu dijalankan.

Ohhh nanti bila duduk di Klang kos tol sahaja mencecah RM15 sehari pergi dan balik. Saya kena budget dalam RM 300 sebulan untuk tol sahaja. Minyak mungkin dalam RM 400. See lah how…


Responses

  1. 700 tu bro…

  2. Yalahhh …(sambil tengok dompet).

  3. salam
    akhirnya jumpa jugak dengan mal!

  4. Yup… Kak Aida maaf saya segan nak tegur heheheh… penyegankan, hahahah. Dapat banyak royalti ke?

    • klang kat mana tuan?

  5. Klang kat Tmn Sg Kapar Indah. Ada lalu jalan ke Kuala Selangor Sblm rumah TNB, ada Petronas … area tepi jalan gaklah.


Leave a response

Your response:

Categories