Semalam Hari Ibu, tak adalah sambut itu ini. Busy melayan ‘anak-anak’ yang perlukan lebih kasih sayang. Membaja, menyiram pehhh keliling rumah. Di tambah dengan 9 lagi variety pokok bunga raya, dah ada lebih 20 variety semuanya. Dulu zaman SPM saya tanam lebih 40 variety bunga raya. Sekarang ni bila dah bekerja haruslah tanam lebih lagi.
Pokok bunga raya tu saya tanam di kawasan dapur. Pokok cili semua dah mati dan saya ganti dengan pokok bunga raya. Supaya bila my mother memasak dan tingkap dapur terbuka dia akan nampak pokok-pokok itu berkembangan dan hatinya bahagia. Dia akan teringat yang anak-anak cuba membahagiakan dia dengan cara yang tidak disengajakan.
Ayah pulak sakit lutut. My dad tu takut jarum hehehe, hospital nak ambik darah dia ( baru dua kali) pun dia dah tak sabar. Sampailah staff hospital datang ke rumah suruh dia ambik darah lagi. My dad nak ubat terus. Kalau sakit lutut biasanya ‘osteoarthritis’ alah saya yang bukan doktor ni pun dah boleh agak apa sakitnya. Tapi biasalah doktor akan buat ujian berkali-kali untuk pastikan sakit apa. Bapak yang tak sabar tu pantang kalau dia tunggu 5 – 6 jam kat hospital tapi tak dapat ubat dia akan hangin. Last-last bapak beli ubat urut dan urut kaki dia. Dia banyak berjalan, mana nak duduk diam. Si baby Dan tu pun tahu dia nak kat nenek dia sahaja, kalau bapak yang jaga dia, sekejap sahaja dia menangis. Hishhh Si Dan ni memang selalu mendera nenek dia tuu.
Alhamdulillah Hari Ibu dan bonda ada di sisi. Itulah hadiah Hari Ibu yang paling bermakna.
TANPA SEBUAH PUISI
( Buat Bonda)
Berkali- kali kucuba
menulis sebuah puisi
hanya sebak yang menghunjam
menerbitkan titis keinsafan
dibilah sedarku
betapa tiada kata yang mampu
kugambarkan, terlalu banyak
yang dikau beri akan terbalaskah
segalanya ini.
Tanpa sebuah puisi
kasihmu tetap mengharum
tanpa syarat,
tanpa sebuah puisi
sayangmu tak berkurang
walau sesaat
telah tuhan anugerahkan
kesempatan ini
menatap wajahmu lagi
yang sering menanti
perkhabaranku yang selalu
merinduimu.
Bonda,
tanpa sebuah puisi
dikau tetap kalungan jiwa
kasihmu bertahan selamanya!
KAMAL SUJAK
CYBERJAYA, SELANGOR.
kasih ibu tiada berbalas walau hingga akhir nafas
By: ain rahimin on Friday, May 15, 2009
at 12:46 AM
kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. salammms abang azhan ittewww
By: en_me on Monday, May 18, 2009
at 4:05 AM
Ain rahimin — Begitulah, ibulah segalanya.
en-me — Kasih bapa selamanya …ada puisi hari bapa di Wanita Jun 2009. Bacalah !
By: Azhan Kamal on Monday, May 18, 2009
at 4:14 AM