Posted by: Azhan Kamal | Monday, January 5, 2009

3. Alocasia lindenii

lindanei3

Species Alocasia paling komersial ini saya beli di Sg Buluh. Harganya hanya RM15 selepas ditawar. Mula-mula mak cik tu mintak RM25. Tetapikan bila saya ke nursery sebelah boleh dapat RM13 hengget jer tu pun belum ditawar. Rasa macam tipah tertipu pulak. Tapi puas hatilah sebab pokok ni memang cantik.

Pokok ini boleh membesar sehingga 2-3 kaki. Kena letak di tempat teduh. Ada satu species yang saya jumpa di nursery lain bentuk daun hijau sahaja tanpa jalur dan satu lagi ada satu jaluran hijau pekat. Species yang itu belum lagi dimiliki tapi sudah ditempah.

Tadi semasa ke nursery di Dengkil, mak cik tu siap simpankan satu species cantik untuk saya.  Harganya cuma RM 7 dan ianya telah membuatkan saya gembira hingga kini. Macam dapat sekilo emas! Mak cik ni best sebab dia tak sahaja menjual pokok tapi beri tips dan boleh jadi kawan kamcing . Suka saya!


Responses

  1. spesis ni memang cantik…bgimana dgn episod IV?


Leave a response

Your response:

Categories