Tahun hadapan ujian HIV diwajibkan kepada semua bakal pengantin yang beragama Islam. Satu usaha yang baik kalau diikutkan. Yalah, kena tahu tahap kesihatan pasangan sebelum hidup bersama. Alang-alang buat ujian tu baik kerajaan kuatkuasakan satu peruntukan ‘medical check-up’ menyeluruh untuk mengetahui tahap kesihatan pasangan. HIV bukanlah satu-satunya penyakit yang ada. Ada banyak lagi penyakit berpunca daripada darah yang boleh ‘merosakkan’ keturunan. Barulah berbaloi kata orang tuu. Then kaji sesuai tak A dan B untuk bersama, apakah ‘baka’ yang dihasilkan akan sihat or kemungkinan-kemungkinan berdasarkan sejarah perubatan. Alang-alang nak mengambil berat, baik beratkan terus.
If ujian HIV tidak mencukupi, kuatkuasakan juga satu peruntukkan untuk mengetahui tahap kesediaan dari segi kewangan, jumlah harta yang dimiliki sebelum kahwin. Buat senarai dan tandatangan di hadapan suruhanjaya sumpah. Senang jika ada hal berbangkit jika berlaku penceraian, nak tuntut harta sepencarian senang sikit. Kot-kot ada yang berkahwin tapi yang menanggung makan minum pihak isteri tak boleh jugak kan? Or terkahwin dengan orang yang dah muflis haru juga.
Barulah bagus, then 4 -5 tahun akan datang, kadar kelahiran di negara kita semakin rendah. Jumlah warga negara tua meningkat berbanding kadar kelahiran. Orang dah malas nak fikir pasal kahwin, ramailah yang akan kahwin di luar negara, kat UK cthnya kahwin di depan Imam berbangsa Pakistan, jawab I Do jer lagi mudah. Kahwin kat Siam usah ceritalah jadi trend.
Adalah lebih baik jika segala ujian dilakukan atas kerelaan pasangan, permintaan daripada wali contohnya. Tapi yalah kalau tak dikuatkuasakan siapa nak ambil peduli ya tak?
Hal Lain …
Happy bila my sajak “Di Jalan Lain” tersiar di WANITA , Januari 2009. Akan lebih produktif untuk menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan mantap. Rasanya tirai Januari dibuka dengan penuh debaran dan semoga usaha penghasilan karya kreatif akan lebih memberi kejayaan di tahun 2009.
entri kali ni macam extrem sikit..ada bau2 marah dan geram…merajuk pun ada juga… tapi man setuju dgn kamal, nak tunjuk prihatin dgn umat tapi sikit2… mcm kata tok guru nik aziz, buat kerja separuh2…ikut eropah, ikut mat saleh…
By: irman on Tuesday, December 23, 2008
at 5:46 AM
Irman — Tulah alang-alang buatkan. Ada gak yang bercerai sebab hal-hal ekonomi. Soal seks hanya sebahagian daripadanya.
Perkahwinan adalah perjanjian untuk hidup bersama secara halal, 2 orang asing dalam ruang lingkup yang baru untuk saling memberi dan menerima.
Or kerajaan dalam usaha untuk hanya menghasilkan warganegara yang berkualiti sebab kenaikan kos perubatan, mana yang bermasalah tak perlu membiak.
Majlis AIDS membantah sebab ia melanggar hak asasi manusia (untuk membiak?) dan memberi stigma bahawa penyakit itu amat menggerunkan. Sah-sah dah dijatuhkan hukuman mati sebelum saat kematian.
By: azhan on Tuesday, December 23, 2008
at 6:22 AM
salam..yeke nak dtg sini…nanti contact tau. kasi ur hp no k kat my email… arsaili76@gmail.com
By: arsaili on Tuesday, December 23, 2008
at 6:52 AM
Ya Arsaili saya datang pada 16/4/2009. InsyaAllah.
By: azhan on Tuesday, December 23, 2008
at 7:55 AM
Sebenarnya ramai org dah tahu tangungjawab dalam perkahwinan ni, baik dari segi kesihatan, kewangan maupun sex tapi ramai yang buat tak tahu sahaja
ps: tahniah pasal sajak tu ya Mal
By: Am on Tuesday, December 23, 2008
at 8:53 AM
tak juga semua yg tahu tanggungjawab kawen…
yg diorang tahu, klu kawen dah sah buat yg dulu tak bole buat…
By: irman on Wednesday, December 24, 2008
at 1:11 AM
Abah tak reti nak komen pasal Ujian HIV ni, tapi abah setuju apa Azhan kata, kalau nak buat, buat yg menyeluruh, asal saja tidak menyulitkan.
Sebab dalam isu berkahwin, ada orang berubah menjadi lebih baik selepas berumahtangga, ada yang berubah jadi lebih buruk, ada yang maintain saja. Kalaulah semuanya nak diuji dan selidiki, sulitlah untuk orang yg tak berapa baik untuk berubah jadi lebih baik. Dan untung pada yang baik sebelum kahwin, untuk berubah jadi tak baik selepas kahwin.
pandangan abah saja.
By: Abah Muizz on Wednesday, December 24, 2008
at 1:50 AM