Posted by: Azhan Kamal | Friday, July 18, 2008

Festival Teater Malaysia 2008

Kadang yang melekat di lembar kenangan adalah debu-debu yang singgah selepas hujan teduh.

Kadang yang melekat di lembar kenangan adalah debu-debu yang singgah selepas hujan teduh.

Malam tadi tersesat ke FTM 2008 ni. Nonton teater ‘Dilema Baginda Sultan’ bagus juga garapan, lakonan dan falsafah yang tersirat dalam teater dari Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK).

Lakonan Syikin sebagai ‘Wanita Cantik’ sungguh meyakinkan. Sultan tu pulak di tangan Ariff mmm biasa sahaja (muka boleh jadi bintang filem).

Sinopsis – Seorang Sultan berada dalam dilema apabila mengetahui dirinya adalah hamba abdi yang masih belum dibebaskan. Untuk kekal sebagai pemerintah dia mesti dilelong dan dibebaskan. Terperangkap di antara Kadi yang tegas dengan qanun dan Wazir yang setia melakukan apa sahaja demi kebebasan seorang pemerintah. Wanita Cantik sanggup mengeluarkan segala simpanannya semata-mata untuk menegakkan ganun. Den gan pelbagai helah dia cuba meleraikan kekusutan yang berpunca dari seorang Kadi. Bersama Dayang dan Muazin, dia cuba merungkai “Dilema Baginda Sultan” …

“Kebenaran yang tidak dipercayai orang adalah kebenaran yang tidak berfaedah …”

* Malam yang manis …


Responses

  1. rindunya nak menonton teater

  2. Kalau kita halusi mesej yg disampaikan oleh teater ni, kita tahu byk mesejnya

    Dah lama Am tak tonton teater ni, nak pergi selalu masa tak sesuai, sibuk dgn anak2 hehehe

  3. Nettt – Tulah siapa suruh merantau ala-ala Tracy Huang ” L’m leaving on ajet plane don’t know when I’ll be back again ” ….

    Am — Boleh bawak anak-anak jer tengok teater. Ramai yang bawak budak ribena sama. Tapi kena jaga depa betul-betullah kot nak bergerak susah kalau dah masuk dalam tuuh.

  4. Assalamualaikum,
    Wah, orang bujang ni, bagai burung ke mana pun mahu terbang! Novel kedua dah siap lum? Salam puisi…!

  5. W’salam Mya, novel kedua masih dalam proses pembikinan, itu untuk terbitan tahun hadapan maka saya akan hantar kepada editor pada Octoberlah lepas Raya heheheh … still ada masa lagikan?

  6. belum semak pasai beli buku dari penulis.. dari pengamatan dapat agak … tersangkut di tepian kolam nak cetek… budget kene potong..yaaaa ampunnnn

  7. a’kum….
    saudara…
    rugi rasanya kerana saudara cuma menonton pada malam ke 5 pertandungan kerana 4 show yang sebelumnya saya dapati lebih baik dan menarik…

    Wakil dari kelantan cuba bermain dengan konsep anti-realisme a.k.a eksperimental, tapi malang sekali
    story telling tak kuat, acting menjadi over dan hampir semua pergerakkan diatas pentas dibuat tanpa tujuan…..

    shikin mmg bagus, tapi dia bole jadi lebih baik jika naskah yang dipilih lebih sesuai dengan sifat lakonannya….

    terima kasih

    *peace, love n respect*

  8. Salam Armand,

    Memang rugi tapi maklumat tak sampai ke Cyberjaya nihh… tu yang tak tahu tuh. Kalau ada teater lagi bagi tahu saya ya? Ohh siapa yang menang dari Selangor ke?

  9. oit…..syikin ngn arif jer ???
    mntang2 aku jd crew jer mlm 2,da la xtido 2mlm kne wat prop…….


Leave a response

Your response:

Categories