Posted by: Azhan Kamal | Monday, June 30, 2008

Perubatan Alternatif

Setelah seminggu saya membawa mak ke rumah pakcik tu untuk diurut. Kesannya memang nampak sangat. Lutut mak yang sebelum ini asyik sakit bila berjalan sudah 90% sembuh. Pak cik itu dikenali di kampung saya sebagai “bomoh patah”. Kadang perkataan bomoh memberi makna yang agak mengelirukan sedikit. Tetapi kita berusaha untuk memberi perubatan alternatif selain ubat-ubatan hospital yang terlalu bergantung kepada dadah.

Pak cik tu tahu apa yang berlaku berkenaan segala benda yang patah. Datang ke sana pun hanya dilihat, diukur pada tempat yang sakit itu. Kemudian pesakit berpantang ikut hari yang ditentukan. Macam semalam, kaki mak saya kebas, kalau lambat bawak dia pasti tidak boleh berjalan. Pak cik tu suruh rendam kaki mak saya dalam ketulan ais untukmengurangkan tahap kepanasan dalam kaki. Nampak logik juga.

Sebab kesan pada lutut yang jatuh itu telah sembuh maka saya berani untuk membawa mak ke tempat tu lagi. Maka perubatan alternatif juga mampu menyumbang ke arah kesembuhan. Sebab ubatan hospital juga pasti ada kesan sampingan yang kita tak tahu.


Responses

  1. Teringat pasal patah ni, dulu semasa ayah Am kena, orang itu urut jarak jauh. Balik tak sakit bila malam baru sakit.

    Am tak kisah urut macam mana pun janji baik dan berkesan

  2. Am betulah dia urut time orang tidur jarak jauh. Cuma rasa sakit time waktu tu. Mujarab dan berkesan. Yang best depa tak mintak sebarang upah, hanya kita yang ikhlas memberi. Mana ada perkhidmatan percuma macam tu lagi zaman sekarang kan?

  3. em bley email tk kt ne u buat rawatan to??

  4. ne alamat sy http://www.adidas_cup@yahoo.com.my


Leave a response

Your response:

Categories