Posted by: Azhan Kamal | Tuesday, April 1, 2008

KL Book Fair di PWTC 4 -13 April

Pesta buku… setiap tahun saya pergi sebagai pembeli. Menghabiskan duit syarikat beli buku untuk universiti, untuk perpustakaan. Tak pernah tawar harga. Masa pilih pun main campak dan longgok je buku. Tunggu je bil sampai ke ofis.

Bayangkan, masa inilah semua perpustakaan akan menghabiskan bajet masing-masing. Kalau satu universiti belanja paling koman pun 500k kalau semua universiti kat Malaysia ni biasanya akan turung padang. Jumpa kengkawan yang sealiran… time inilah publisher akan belanja kami sakan. Ehh bukan publisher kontraktor buku. Nasib baik universiti aku tak terikat dengankontraktor buku macam universiti awam. Selamat kami dari kes …

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku kali ini aku datang sebagai penulis. Di bawah payung Alaf21. Saya akan berada di sana pada 5 – 6 April (Sabtu dan Ahad). Jadi kalau nak dapatkan buku saya “Sebening Rindu” bersama tandatangan jangan lupa datanglah ke PWTC pada hari tersebut.

Untuk mereka yang telah membeli karya saya ini diucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan. Mana-mana individu yang sukar mendapatkan buku saya di kedai buku biasa, saya syorkan mereka beli terus secara pos ke Alaf21 ( www.alaf21.com.my) di bahagian bawah sekali laman web tersebut diterangkan cara langganan cara pos. Yalah, kesian pulak bila dengar kengkawna kat Sabah dan Sarawak yang mengadu susah nak jumpa buku saya ni.

Untuk mereka yang berkunjung di pesta buku ini nanti pada 5-6 April  kita jumpa di sana!


Responses

  1. Salam Mal, Tahniah! akhirnya tercapai dan termakbul jua hajat serta Doa Mal untuk bertemu dengan peminat2 dan pembaca2 Novel Sebening Rindu pada 5-6 April nanti.

    Dan dikesempatan ini juga kak aini ingin bertanya ada atau tidak, Mal menerima emai kak aini yg dikirim kan melalui azhanlink@yahoo.com pada 6/3/2008 jam 5:04pm untuk tujuan promosi Novel tersebut didlm Segmen Rensisi, Selamat Pagi Malaysia, RTM 1. Itu pun kalau Mal berminat seandai tidak, sila abaikan emal tersebut ya.

  2. Salam Kak Aini,

    Terima kasih. Saya akan kirimkan naskah buku itu di alamat tersebut. Sebab sekarang ni masih belum berkesempatan lagi.

  3. Insyallah, jumpa disana nanti Mal

  4. ahh, kenalah promo karyanet pulak ni… silalh ke gerai Multimedia DBP di TR3, ada pelbagai cd multimedia yang mungkin elok untuk perpustakaan saudara! cth: CD Syair & Gurindam yg ada Syarifah Aini, Anding, Haziq, SM Salim! Silalah jenguk!


Leave a response

Your response:

Categories