Posted by: Azhan Kamal | Wednesday, November 4, 2009

Mendung

“Mendung di hulu petanda hujan, cerah di langit petanda panas”, maksudnya setiap sesuatu yang akan terjadi atau akan berlaku di alam ini Allah dahulukan dengan petanda atau isyarat untuk menunjukkan hampirnya sesuatu itu akan berlaku.

Bertepatan sekali bidalan di atas dengan situasi terkini kehidupan hamba. Tapi apa sahaja keputusan yang berlaku takkanlah tangan kita nak digenggam sahaja dan tidak berbuat sesuatukan? Pemimpin yang baik selalunya tidak akan disukai. Walau bagaimana pahit pun kita akan tetap berjuang demi hari esok. Sebab kita akan berkerja sampai pencen (cthnya), kalau kita tak mulakan sesuatu itu di landasan yang betul sedari awal, maka kita akan menanggung ‘dosa’ sumpahannya selama-lamanya.

Alahai… mendung ni bilalah nak hujan. Kalau hujan terus lebih baik, sebab hujan pasti akan berhenti. Kalau berterusan mendung kita tak akan tahu apa kesudahannya.

Posted by: Azhan Kamal | Friday, October 30, 2009

Hari Penentuan

Hari ini semuanya akan ditentukan. Pihak pengurusan akan membuat keputusan dalam pembelian sistem operasi yang baru. Kami semua dah pakat tak mahu gunakan sistem yang sedang dibangunkan oleh pihak dalaman (sister company kamai). Tak bolehlah… kalau bolehpun akan ambil masa yang lama untuk memastikan ianya stabil. Kami tak ada masa yang panjang untuk menanti ianya lengkap. Kami amat sibuk… beli sahajalah sistem yang ada di luar sana. Memanglah kena bayar maintenance setiap tahun tapi, puashati dan mengikut piawaian yang sepatutnya. Tak sub-standard …

Hey kami ni antara universiti terbaik di Malaysia. Kenalah bekerja dalam environment yang ada class sikit. Kalau universiti lain naik BMW ke KL takkanlah kita kena naik motor kan? Apa kells … Boss akan bercuti dan buat perniagaan tahun depan. Mungkin saya kena memangku tugas dia kalau Univ tak ambil KP dari luar. Jadi semua benda akan bertimpa-timpa di bahu jemala patik. Stresslah kan…

Jadi hari ini adalah penentunya. If the management dengar rintihan hati kami, maka kami akan bekerja dengan lebih produktif. Biarlah tak ada BMW pun tapi sekurang-kurangnya kami tidak dipandang enteng oleh orang lain. Ini demi imej universiti juga.

Moga tuhan mendengar doa kami … amin!

Posted by: Azhan Kamal | Thursday, October 29, 2009

Bersabarlah …

Semalam hampir separuh hari saya di Klinik Al-Zahrah di Bangi. Batuk saya masih tak hilang. Bila bukak mulut sahaja batuk. Bila tengok label ubat yang diberi oleh doktor ada pulak ubat asma ventolin 4g. Bila pulak saya kena asma kan? Doktor tu kata kalau berlarutan kena makan ubat macam tu. Hishh…

So makanlah ubat antibiotik cepolex Sp ( mcm nama orkid pulak) 3 kali sehari. Dan ubat gula-gula biasa Euphon untuk sakit tekak. Sebelum tu doktor suruh saya di x-ray sebab takut kena TB. Maklumlah persekitaran kita ni kan banyak warga asing.

Bila makan ubat dan baca label ubat tu yang tertulis hadis qudsi “Bersabarlah dalam menghadapi penyakit sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.” Terus insaf sekejap. Lepas rawatan selesai saya pun pergi ke nursery di Bangi tu. Hujan turun pun saya tak kira, janji dapat tengok pokok yang saya minat.

Saya beli satu pokok pakis ayam mas (spesis pakis gajah) harganya RM 85 tapi saya dapat tawar bayar RM 70 jerr. Skill menawar saya semakin baik sejak akhir-akhir ni. Semua benda kena tawar hehehe. Banyak pokok-pokok yang cun di situ. Drago dia ada banyak species yang sungguh ‘handsome’. Tapi mahalah pulak… harus berpuasa 2 bulan berturutan kalau nak beli.

Saya tempah pangkin yang diperbuat dari kayu landasan keretapi. Yalah nak beli kayu jati kang saya siram pokok, bangku tu basah. Baik gunakan material yang tahan. Bayar deposit dulu RM 150 bila siap baru saya bayar penuh. Saya minat juga dengan three seater yang dipamerkan di situ tapi mmm… nantilah kena fikirkan ruang di rumah tu yang dah sempit.

Malam tadi, tengah malam saya berkebun. Ustaz datang tolong angkat pasu besar tu dan tolong alih-alihkan pasu. Saya tengah nak belajar mengaji dengan ustaz nih. Tapi belum mula lagi. Dia tinggal di lorong depan di kawasan perumahan saya.

Well, pagi ini seharusnya ke Melaka sbb ada meeting system tapi saya ada meeting bulding baru di CJ so saya tak pergilah.

Pagi ni dah makan ubat. My mum pun tak berapa sihat di TK. Risau juga saya. My dad ada call dari Madinah 2 hari lepas.

Mmmm…
pakis

Posted by: Azhan Kamal | Tuesday, October 27, 2009

Di Dalam Sepi Itu …

Semalam keluar minum teh dengan member. Masa hantar dia balik tu lalu tanah perkuburan. Bukan satu, tapi tiga. Entah kenapa dia nak gak lalu tempat sebegitu. Lepas tu dia cerita pasal anjing menyalak dan suara-suara yang menakutkan disertai salakan anjing yang dia pernah alami. Sajer jer kan… dia tahu saya dok sensorang tu. Sajer nak menyakat.

Malam tu memang mata tak nak lelap. Terpaksa tidur dalam selimut dengan semua lampu di pasang. Benderang… agaknya kalau ada ‘makhluk’ lain pun dia geli nak kacau. Sebenarnya semua itu adalah bagaimana kita mengawal perasaan dari memfokus terhadap sesuatu situasi. Samalah halnya bagaimana kita dapat melawan kesedihan dalam diri. Hanya kita yang mampu membendung dari segalannya untuk berterusan menghukum diri.

Hari ini saya dapat satu species lidah mertua yang cantik. Harganya cuma RM3 sepolibeg jadi saya beli 2 (tamak tuu). Then beli pasu. Kemudian tempah 2 tempayan untuk pokok drago dan 2 tempayan kecil lagi untuk letak Pandurata. Benda-benda ni macam terapi bila saya balik ke rumah yang kecil itu. Biar tak makan tak pe, janji apa yang saya nak dapat heheheh.

Tadi Cik Norsalina hantar pic yang saya nak tu. Gambar pucuk pakis warna merah. Gambar tu dia yang ambik dan saya berkenan untuk di gantung di rumah. So dia ‘blow up’ kan that pic jadi saiz 2 X 2.5 kaki cantik dan misteri. Pasangan pic tu pakis warna hijau dan sedikit ‘berbulu’ pehhh akan duduk bergandingan berhadapan di dinding putih yang pegun.

Di Dalam Sepi Itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sudirman

Posted by: Azhan Kamal | Monday, October 26, 2009

Ikan sepat, sambal tempoyak

Sabtu dan Ahad saya amat sibuk sekali. Sebenarnya saya sudah bercuti pada hari Jumaat lagi. Akhirnya segalanya selesailah sudah. Penantian yang panjang berakhirlah sudah. Gembira bila orang yang kita sayangi turut bahagia. Amin.

Pagi Ahad aktiviti ‘menimba’ berjalan dengan jayanya. Dapat 2 baldi ikan darat seperti sepat, puyu, haruan dan keli. Ini semua fresh dari parit kecil disekeliling rumah. Best sangat dapat bersama adik beradik lain menjalani aktiviti ini. Saya amat menggemari ikan sepat goreng ‘ranggup’ dan bila dimasak sambal hijau pehhh 2 kali tambah.

My sis in law pulak tu buat sambal tempoyak grade A dari Perak. Memang terangkat. “Tempoyak yang sedap bermula dari durian yang baik.” Begitulah perumpamaannya. Sesuatu yang bermutu akan bermula dari susur galur yang baik juga. Seperti tempoyak yang sedap itulah. Kalau diperbuat dari durian yang ‘busuk’ hasilnya seperti itulah juga.

Malam tadi sempat berbual sambil mengeteh dengan kawan saya si Zakuan itu. Sedih pulak bila dengar cerita tentang ibunya yang terpaksa dipotong sebelah kakinya akibat kencing manis. Rupa-rupanya ibunya sudah makan ubat kencing manis kira-kira 18 tahun. Sekarang terpaksa pula menggunakan insulin dan menempuhi proses cuci darah 3 kali seminggu. Saya tetap percaya anak-anak lelaki zaman sekarang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang uzur. Pandangan saya tentang perkara ini tetap tidak berubah. Penting bagi anak lelaki untuk meluangkan masa dan tenaga menjaga ibu bapa mereka ketika uzur.

Sebenarnya kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita tempuhi di depan sana. Dan setiap ketika kita berdoa agar segalanya dipermudahkan, seperti halnya tentang tempoyak itu. Kita berharap segalanya akan berakhir dengan baik sebagaimana ianya bermula.

Older Posts »

Categories